Pages

Wednesday, 7 April 2010

Akibat Kencing Tikus


Baru2 ni, Malaysia digemparkan dengan berita kematian pelawak terkenal, arwah Din Beramboi yang dikatakan berpunca dari jangkitan kuman kencing tikus. Fuhhhh bahaya tu!! Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah. Lagi bahaya!!

Di sini, saya nak kongsi info psl jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku dan dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia yang biasanya terjadi secara kebetulan. Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi. Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.

Pembawa kepada bakteria Leptospira: haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala. Namun, tikus merupakan penyebar utama bakteria ini kerana:
  • kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak)
  • tikus cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas. Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak. Woowwww!!
Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia. Makanya, pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik adlh disyorkan. Pemilik kucing (Cik Salmah T..hehe) yang membersihkan kucing (Becky) dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ni!! So hati2 ye..

Best x artikel ni? Dipetik dr Kosmo 7 Apr 2010.

Tuesday, 6 April 2010

~Salam Perkenalan~


In The Name of Allah, The Most Beneficent & Merciful

Assalamualaikum wbt..

Salam Perkenalan buat semua Bloggers. Sebelum ini, saya tak berkesempatan untuk menulis Blog seperti kawan2 yang lain mungkin kerana kekangan masa atau kemalasan diri sendiri. Ramai yang bertanya "ko xde Blog ke?", jawapannya tetap sama dari zaman dolu2, "xde, xde masa nak tulis Blog" tanpa ketahui, best gak ade Blog ni. Dalam ni, blh kongsi ilmu, bertukar idea dan boleh buat bisnes juge :) Lain kali nak blajar tulis in English lak,,pada masa yang sama boleh tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, dan kawan2 kat luar sana nun boleh baca gak. International laaa katakan (wink2**)..huhu..
Setakat ni je lah dulu,, nanti kite update lagi erk.. wassalam.

Mutiara kata : " I am a slow talker, but I never walk backwards" (Abraham Lincoln)